Welcome, Visitor! [ Register | Login
JawatanKerajaan.Com

Jawatan Kosong – Kementerian Pengajian Tinggi

26/09/2012

NOTE: This job listing has expired and may no longer be relevant!

kerja kosong kementerian pengajian tinggi

Job Description

Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan secara sambilan bagi sesi pengambilan bulan Oktober Tahun 2012 seperti berikut :-

1. Pekerja Sambilan Harian Gred 41 (PSH)

Tarikh Tutup Permohonan : 5 Oktober 2012

Syarat-syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) mencapai sekurang-kurangnya 2.5
  • Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik

Keutamaan Kelayakan

  • Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan dan pentadbiran pejabat.
  • Mempunyai perwatakan & peribadi yang proaktif dan mampumenjalaskan tugas/ arahan dengan pemantauan yang minimum.

Tawaran Pelantikan

  • Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (Ijazah)
  • Taraf Lantikan : Sambilan
  • Kadar Bayaran : RM 100 sehari (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas)
  • Waktu Bekerja : 9 jam sehari termasuk waktu rehat

How to Apply

Permohonan hendaklah menggunakan borang seperti yang dilampirkan.

Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
Resume
Salinan kad pengenalan
Salinan Ijazah beserta transkrip
Salinan sijil-sijil yang berkaitan

Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh tutup permohonan.

Semua permohonan yang lengkap diisi beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 15, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya
(u.p.: Urusan Pengambilan PSH)

Pertanyaan

Sebarang permasalahan atau persoalan berhubung tawaran ini boleh merujuk kepada pegawai-pegawai berikut:

Cik Siti Nur Diana binti Azizan Khamat
(Emel) [email protected]
(Tel) 03 – 8870 5220 (Faks) 03 -8870 6814

Pn. Shuhada binti Mohd Kasim
(Emel) [email protected]
(Tel) 03 – 8870 5226 (Faks) 03 -8870 6814

En. Affendi Nayan
(Emel) [email protected]
(Tel) 03 – 8870 4270 (Faks) 03 -8870 6814

Job details

wordpress job board themes BlogCatalog